Hemoglobin (HB) rendah atau anemia adalah masalah yang seringkali di
alami oleh ibu hamil. Tahukah anda setiap seorang daripada tiga orang
ibu mengandung menghadapi masalah anemia atau HB rendah.
Apa itu ANEMIA? Anemia
adalah sejenis penyakit yang mengalami kurang kepekatan darah merah
daripada biasa. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan
oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia. Antara sebab-sebab
punca kurang darah adalah kerana ibu kurang mengambil makanan yang
mengandungi zat besi, ibu yang kerap bersalin dan pendarahan dari
faraj. (credit to mummysayf)
SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA ANEMIA
Apabila seseorang itu mengalami masalah kurang kepekatan darah, biasanya akan kelihatan lemah dan lesu. Ibu hamil juga akan mengalami sesak nafas terutama apabila memasuki trimester 2 dan 3 kerana perut pun semakin membesar. Selain itu ibu hamil mungkin akan berasa pitam bila bangun dan sentiasa rasa pening.
Ibu mengandung boleh mengesan awal penyakit anemia ini apabila melakukan
pemeriksaan bulanan di hospital atau klinik-klinik kesihatan. Di mana
setiap bulan mereka akan melakukan pemeriksaan darah atau "full blood
count" dan apabila paras HB kurang daripada 11g dalam sel darah merah.
RISIKO DAN BAHAYA ANEMIA SEMASA HAMIL
Apabila menghadapi masalah anemia semasa hamil jangan dianggap suatu
perkara yang "biasa" dan jangan dipandang remeh. Banyak risiko yang akan
dihadapi dan antaranya ialah:
- Kemungkinan melahirkan bayi tidak cukup bulan
- Mungkin mengalami risiko keguguran
- Bayi meninggal didalam perut
- Bayi kecil atau tidak cukup berat badan
- Risiko yang sangat tinggi mengalami tumpah darah selepas bersalin
- Mudah mendapat penyakit berjangkit
- Anemia yang teruk boleh mengancam nyawa ibu dan bayi
ATASI ANEMIA
Bagi mengatasi masalah anemia, ibu hamil perlu mengambil makanan yang
kaya dengan zat besi. Antara makanan yang kaya dengan zat besi ialah
buah kurma, kismis, sayuran hijau spt sayur peria, sawi, bayam,
biji-bijian, daging, ayam, ikan dan kerang. Rehat dan tidur yang
mencukupi juga sangat penting. Selain itu, pengambilan supplemen Zat
Besi/ Iron juga dapat membantu sebagai pelengkap untuk mencukupi
kekurangan yang dialami.
CADANGAN SUPPLEMEN IBU HAMIL
Fokus utama untuk mengatasi masalah HB rendah atau Anemia ini ialah Vita-Lea with Iron Formula dan pengambilan bersama Vitamin C adalah sangat digalakkan bagi membantu penyerapan zat besi yang maksimum.
Jom kita baca apa kata mereka yang sudah mencuba:
Berikan yang terbaik untuk diri dan bayi anda...=)
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi loveshaklee4ever
Tel/Sms/Whatsapp: 012-7247757
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/loveshaklee4ever.com
No comments:
Post a Comment