Tuesday, April 2, 2013

PROSES BAGAIMANA SUSU IBU DIHASILKAN

Ramai ibu-ibu diluar sana yang menyusukan anaknya tetapi tahukah anda bagaimana proses susu ibu itu dihasilkan oleh badan kita? Menyusukan bayi adalah satu proses yang perlu dipelajari. Menyusulah anak anda dengan ilmu. Ia memerlukan kesabaran, teknik yang betul dan juga praktis. Ramai juga ibu-ibu yang kecundang dalam proses ini kerana stress, rasa kecewa dan tidak selesa. Kadangkala terdapat pula situasi lain seperti ibu dan anak mengalami masalah kesihatan. Namun, dalam apa jua dugaan dan cabaran yang dialami jangan sesekali mengalah kerana proses penyusuan akan menjadi lebih senang jika dipelajari. Jom kita belajar konsep yang paling basic dalam penyusuan susu ibu iaitu KONSEP DEMAND AND SUPPLY. Lebih kerap anda kosongkan payudara, semakin banyak susu yang akan terhasil. Tq Sis +Wan Fatihanum Wan Rusli for this great info. BAGAIMANA SUSU IBU DIHASILKAN? Mempelajari bagaimana susu dihasilkan akan menolong kita memahami proses itu dengan lebih mudah. Mari kita lihat:



Sel yang dipanggil ALVEOLI ini menghasilkan susu. Semasa mengandung, sesetengah ibu akan berasa payudaranya penuh dan lembut yang mana ini menunjukkan ALVEOLI sudah bersedia untuk bekerja. ALVEOLI ini menghasilkan susu bila bertindakbalas dengan hormon PROLAKTIN. Hormon PROLAKTIN terhasil semasa bayi menghisap. Dan bila bayi mula menghisap, satu hormon lagi dipanggil HORMON OXYTOCIN akan menyebabkan rasa kontraksi otot dan menyebabkan susu akan disalurkan melalui MILK DUCTS. Proses pengaliran susu ini dipanggil LET DOWN REFLEX. Hormon OXYTOCIN inilah yang bertanggungjawab mengembalikan saiz uterus/rahim anda kepada normal. Ia juga akan mengurangkan pendarahan/tumpah darah selepas melahirkan. Hormon OXYTOCIN ini juga dikenali sebagai HORMON CINTA kerana ianya boleh membantu perasaan kasih sayang antara ibu dan bayi. (sharing from sis Fuzza)

1 comment: