Wednesday, April 10, 2013

PENURUNAN BERAT BADAN YANG BERKESAN

Ramai yang telah cuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan, samada secara kawal pemakanan dan minuman, senaman dan pengambilan suplemen. Ada yang berjaya menurunkan berat badan dan ada juga yang tidak berjaya. Adakah cara menurunkan berat badan itu tidak berkesan? Asas kepada penurunan berat badan adalah pengawalan kalori ditambah dengan senaman. Ia adalah satu jangka masa yang lama untuk melihat hasil yang memuaskan.

1. Disiplin dan komited

Untuk menurunkan berat badan secara berkesan, kita haruslah komited dan berdisplin. Disiplin dari segi bentuk pengawalan pengambilan kalori dan mengawal nafsu makan. Komited dari segi mengutamakan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dalam kehidupan. Untuk mendapatkan disiplin dan komited ini, anda harus memberi tumpuan yang penuh terhadap cita-cita untuk menurunkan berat badan. Penumpuan haruslah diberi kepada pengurusan pelan pemakanan seharian dan kehidupan seharian yang aktif. Cukup sekadar kita berkebun atau melakukan gerakan-gerakan aktif yang bertujuan untuk membakar kalori.

2. Sentiasa bermotivasi

 
Motivasi penting untuk anda semakin bersemangat untuk menurunkan berat badan. Motivasi boleh juga dengan mendengar kisah kejayaan orang yang telah menurunkan berat badan dan juga menetapkan saiz pakaian yang diidamkan. Carilah orang di sekeliling yang sentiasa memberi semangat dan peringatan kepada anda untuk menurunkan berat badan, mengingatkan anda agar dapat mengawal nafsu makan supaya tidak makan secara berlebihan. Anda akan sentiasa bermotivasi dan terus bersemangat untuk menumpukan perhatian menurunkan berat badan dalam jangka masa yang panjang.


3. Tetapkan target

Ingin menurunkan berat haruslah mempunyai target dalam jangka tertentu. Misalnya ingin menurunkan 5kg dalam masa 5 minggu, haruslah mempunyai pelan pemakanan dan pembakaran lemak yang konsisten secara berkemampuan. Jadikan target anda adalah realistik dan logik kerana ia perlukan masa untuk mencapai target penurunan berat. Untuk sentiasa mengingatkan dan memotivasikan diri, tampal lah target penurunan berat di dinding dan ia menguatkan lagi diri untuk mencapai target penurunan berat badan.


4. Amalkan pemakanan yang sihat

Pemakanan yang sihat digabungkan dengan pengambilan kalori yang rendah akan memudahkan proses penurunan berat badan. Namun pengambilan kalori rendah bukan bermaksud mengabaikan kenikmatan makanan. Makanan bersumberkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta bijiran dapat membantu anda untuk mengawal pengambilan kalori. Di samping itu, pengambilan gula perlu dikurangkan kerana ia mampu menyumbang kepada pengambilan kalori berlebihan. Pengambilan garam dalam pemakanan juga perlu di kawal kerana ia turut menggangu pola pemakanan yang sihat.

 
**di petik dari sumber 


TERDAPAT BEBERAPA CADANGAN SUPLEMEN SET UNTUK MENGURUSKAN BADAN DARI SHAKLEE

1. BAKAR LEMAK

PRODUK : LECHITIN & OMEGA GUARD
FUNGSI : Bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak/kolesterol





2. BUANG LEMAK

PRODUK : ALFALFA & HERBLAX
FUNGSI : Bertindak untuk membuang lemak dan toksin dalam badan

 



3. BINA OTOT

PRODUK : CINCH/ESP
FUNGSI : Bertindak untuk mengekalkan otot semasa menurunkan berat badan serta menegangkan kulit kendur/menggeleber.


UNTUK KETERANGAN LANJUT




No comments:

Post a Comment